weLcOme to MybeLog AiEn ^^)


Monday, January 3, 2011

Lelaki Dan Rokok



Lelaki dan rokok ibarat pasangan kekasih. Lelaki tak boleh hidup tanpa rokok. Kasih sayangnya terhadap rokok lebih daripada kasihkan awek, tunang, isteri mahupun dengan anak-anak. Demi rokok lelaki tidak hiraukan tentang akibat orang-orang yang disayanginya.Cinta lelaki terhadap rokok begitu mendalam. Kemana jua bersama. Tidak akan lupa walau dalam barang satu jam. 

Rokoklah temannya ketika ada masalah, sedih,gembira,marah,kusut. Setiap kali bergaduh dgn isteri,lelaki akan pergi mencari rokok,begitulah dalamnya cinta lelaki terhadap rokok. Keakraban mereka bagai isi dan kuku sukar dipisahkan walau harga rokok dinaikkan,dimarahi isteri,pelbagai rintangan dilalui untuk bersama.
Rokoklah teman ketika bosan,kesejukan,ketika bersama kawan,juga teman ketika berfikir,seolah-olah rokoklah yang memberi buah fikiran dan sumber inspirasi.
TETAPI tidakkah lelaki tahu bahawa rokok ibarat 'duri dalam daging'. Rokok memberi kenikmatan kepada lelaki tetapi dalam masa yang sama rokok membunuh secara perlahan! Rokok sebenarnya menganggap lelaki ini musuh, ibarat syaitan bertopengkan rokok! lelaki memang kasihkan rokok cintakan rokok tetapi rokok cuma menganggap lelaki ini bodoh! pada rokok lelaki ini perlu dimusnahkan! rokok adalah hipokrit membuatkan lelaki tidak sedar akan bahayanya kerana dibuai dek rasa kenikmatan..ya kata orang cinta itu buta..tetapi ini bukan buta cinta tetapi buta akal! Jadi..kuseru namamu wahai lelaki! Katakan Tidak Pada Rokok!

No comments:

Post a Comment