weLcOme to MybeLog AiEn ^^)


Tuesday, June 28, 2011

My Pregnancy '',

Pregnancy%20ticker


Minggu ini bayi mempunyai dorongan pertumbuhan menakjubkan.Pada awal minggu ini, bayi anda adalah kira-kira 4-5 mm danmenjelang akhir minggu ini ia mempunyai lebih daripada dua kali ganda kepada 11-13 mm! Berat bayi anda kira-kira 0,03 auns.Kebanyakan wanita sudah bersedia untuk dunia tahu mereka hamil.Walaupun anda tidak berubah dengan banyak lagi, ia akan datangtidak lama lagi! Anda mungkin telah mendapat sedikit berat olehsekarang, tetapi ia hanya perlu beberapa pound pada masa ini. Iatidak mustahil untuk kehilangan beberapa paun atau tetap samawalaupun. Dalaman, mukus serviks penebalan dan akan membentuk palam dalam terusan pangkal rahim. Meterai palamserviks anda sepanjang kehamilan dan ia akan dikeluarkansebelum penghantaran apabila serviks anda mula membesar.


Tuesday, June 7, 2011

Termenung Sbelum Bersanding

Hi guys lame tak menziarahi blog ni..nindu lak ranyenyea..ok before i start, fyi aku dah kawen ok..^^) 18 March 2011......rasenye dah ade baby kot dalam perot ni..tak cek lagi..huhu! hurm..ok lets begin...start from that day 19 March 2011. time tu aku dah siap di bilik pengantin..dan mak andam g siapkan penantin lelaki...^^) tibe2..aku bersendirian dalam bilik dan termenung..aku teringat lelaki2 yg pernah singgah dalam hidup aku....  ;))

Thursday, February 24, 2011

March is crowded marriage!

Sangat ramai ye yg kawen bulan Mac ni..Suweeet je rase! ^^) kawan2 kawen,kawan2 opis pon ramai tawen beramai2 termasukla saye! meriah je rase! hihi ^^) i'm so excited! nanti beranak beramai2 pulak.huhuhu ^^) 



   



Cousin pun ramai kawen tahun ni..lepas sorang sorang selamat kawen dan slamat bertunang .suweetnye..nanti ramailah anak sedare kite kan! wa meriahnye..nanti raye tahun ni akan berubah wajah! waaaaaaaaa...cane tu? hahaha..besnye ^^) ntah bile lak cousin (my BCF) saye yg sorg tu nak tawen..katenye nak betunang dah.im so excited! cousin sorg lg tu pn xtaulh, tgk muke berseri manis2 gitu cam dah xlame jugak.hahaha ^^) kawan2 saye yang lain? mungkin mereka nak kawen berjemaah tahun depan pulak kot. tak pon hujung tahun ni.heheh xsabonye...^^)
Hmmmm..I do not know how to describe my happiness..^^P 

Sunday, February 20, 2011

Sedikit Info : Cervix Uteri Cancer


Apa itu kanser serviks?

Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

Sebab ia terjadi?

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.

Tuesday, February 1, 2011

Further Study

Persoalan yang sering membelenggu kite nak sambong blaja ke tak? dan sering juge diajukan pertanyaan 'ko taknak sambung blaja ke?'. setelah persoalan tu muncul di benak yg senak mule la dok pikir je..biasenye persoalan tu membelenggu bile baru habis blaja..'whats next? nak keje ke nk sambung lagi?' dan membelenggu juge bagi org yg dah bekerje mcm aku.. 'boleh ke??' ahh nanti laah.
Dizaman yang serba moden ni kos sara hidup makin tinggi. Janganlah fikir gaji yang kite dapat sekarang cukup utk tampung blanja masa hadapan. Even sekarang pun saye nak tanye,cukup ke gaji anda?? boleh menyimpan tak? boleh bagi parents kat kampung tak? banyak mana kite simpan? agak2 cukup tak nak buat pergi umrah atau haji pd masa sihat xperlu tunggu Q smpai umur 50-60 tahun? cukup tak utk kita pergi makan angin tiap2 tahun? tak pernah ke ada impian nak melawat negara luar? Katekan 10tahun akan datang(sgt sekejap ye 10thn tu) tidakkah anda akan ada anak yang akan bersekolah? Jadi untuk itu seme kite perlu memajukan diri kite dan fikirlah kehadapan. tetapkanlah sasaran atau cita2.

Belajar ni sangat susah??Tak susah pun..sape kate susah? org slalu kate partime study susah la byk bende nak fikir la tak boleh nak fokus la nanti buat rugi jela..no its totally wrong. Look at me (: dah sambung pun. Taklah sesusah mcm org fikirkan.saye amek PJJ(pengajian jarak jauh). Kalau PLK (pengajian luar kampus) mungkin la seperti yg dikatekan susah sebab PLK ni kelasnye selepas waktu bekerje,mmang penatlah tapi kelebihannye cepat grad. tapi pada saye kalau kite tak mampu, buat ape nak paksa diri utk grad cepat. ambik la PJJ. kelas cuma 5hari je satu semester can u imagine? LIMA hari sahaje dalam satu sem.susah ke? the rest is in your i-class. blajar sendiri, attend kelas yang 5kali je tu,masuk i-class yg boleh bukak kat umah je, buat assignment, bace buku jwb exam hafal je sbijik dalam buku.Let say study in fully english, sape kate susah? nak jadi bos nak pangkat lg tinggi memang kene pandai bhs inggeris.klw xmampu amek byk subjek drop je subjek.study slow2 make it easy,biar lambat asal result gempak,kua2 boleh jadik bos. so what do you think? stay on that position or move foward?  klw fikir susah all the time memang tak kemanelah. so take it as a challenge! dah tu nak tunggu ape lagi??! JANGAN BUANG MASE (: GO BABY GO!!

Monday, January 17, 2011

Takde Keje (Episode; Makan Di Dasar Laut)

Memang takde keje diorang ni kan buat restoran dalam laut.mesti mahal nak mampos.vvip je la yg blh makan kat situ...beh gile boleh tgk ikan sambil makan ikan! haha

Wednesday, January 12, 2011

Jika Saya Stress!

Stress sgt skrg ni xtau nak gmbarkan mcmane stressnye..macam2 dlm kepale otak ni..rase nak nangis pun ade..Kalau saye stress slalunye saye akan...

1. Amek air smyg dan smyg supaya jiwa lebih tenang.
2. diam,dan menjadi agak sirius..mase tu mmg xde mood nak bergurau k.ngomong sama tangan la jawabnye.
3. rasa malas dan bosan tapi saye akan cuba atasinye kalau boleh.klw xboleh jugak just stop n close my eyes.
4.bile org tegur, saye akan senyum je dan kadang2 jwb lebih kurang.stidak2nye org tu xla terasa hati dan akan faham that im not in good condition rite now.

Punca saye stress

Kadang2 sebab sy marahkan seseorang dan saye pendamkan kemarahan tu. coz i really hate fighting n violence. pernah sampai satu tahap, saye terlepas kemarahan itu pada org yg tak sepatutnye. its really cruel rite. n i really regret it..tapi saye akan mintak maaf smule.hihi. ^^)
Kadang2 sebab terlampau banyak kerja dan didesak oleh kerenah dan perangai org lain pulak.
Kadang2 sebab financial. yelah time ekonomi tgh tak stable mase tu la kreta buat perangai, mase tu lah nak kene bayar hitu bayar hini kene saman lagi.
kadang2 terlampau byk bende nak difikirkan dalam satu masa.eg:kerja+study+wedding preparation
and i'm the person who really think hard about somethings or so called problems.
paling sakit hati bile saye betul2 tgh memikirkan masalah tu lalat plak datang kacau! (memang betul2 lalat la yang serangge tu). 
Kadang2 all in ONE! mase tulah banyak keje plaktu kene push ngan bos,datang masalah duit,fikir hitu fikir hini,kene push ngan parents,pastu time tu la org nak carik pasal ngan aku, pastu skali lagi lalat (serangge tu) datang kacau! peeeeeeeeeeeeeeeeerghh!!

Jika saye tak boleh kawal stress yg amat sgt saye akan menangis,selalunye ketika sy meluahkan pade seseorang. dan ketika itu air mata berlinangan..II( tak pernah lagi setakat ni saye jadi tak betul, Allhamdulillah dan mintak dijauhkan..tapi gile2 pandir2 skit2 tu adela.macam gelak tak henti2, lukis gambar b**i, conteng tangan org dgn sengaje, ketip kuku sambil makan kebab ke,jahit seluar koyak pakai kaki, etc

tapi percayalah sesungguhnya Allah akan memberi cabaran dan dugaan yang amat hebat, dan memberi sebanyak2 ganjaran kepada orang yang sabar..the better rewards are the biggest lesson..
so keep cool,think smart, being rasional professional and smile (:

all the best ain! chaiyok!

Takde Keje (Episode; Melalui Ombak)

Amazing surf! Memang xde keje amek gamba melalui ombak.



Thursday, January 6, 2011

Sedikit Info : Selaput Dara


Selaput Dara

Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.



APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

Monday, January 3, 2011

Lelaki Dan Rokok



Lelaki dan rokok ibarat pasangan kekasih. Lelaki tak boleh hidup tanpa rokok. Kasih sayangnya terhadap rokok lebih daripada kasihkan awek, tunang, isteri mahupun dengan anak-anak. Demi rokok lelaki tidak hiraukan tentang akibat orang-orang yang disayanginya.Cinta lelaki terhadap rokok begitu mendalam. Kemana jua bersama. Tidak akan lupa walau dalam barang satu jam.