weLcOme to MybeLog AiEn ^^)


Monday, January 17, 2011

Takde Keje (Episode; Makan Di Dasar Laut)

Memang takde keje diorang ni kan buat restoran dalam laut.mesti mahal nak mampos.vvip je la yg blh makan kat situ...beh gile boleh tgk ikan sambil makan ikan! haha

Wednesday, January 12, 2011

Jika Saya Stress!

Stress sgt skrg ni xtau nak gmbarkan mcmane stressnye..macam2 dlm kepale otak ni..rase nak nangis pun ade..Kalau saye stress slalunye saye akan...

1. Amek air smyg dan smyg supaya jiwa lebih tenang.
2. diam,dan menjadi agak sirius..mase tu mmg xde mood nak bergurau k.ngomong sama tangan la jawabnye.
3. rasa malas dan bosan tapi saye akan cuba atasinye kalau boleh.klw xboleh jugak just stop n close my eyes.
4.bile org tegur, saye akan senyum je dan kadang2 jwb lebih kurang.stidak2nye org tu xla terasa hati dan akan faham that im not in good condition rite now.

Punca saye stress

Kadang2 sebab sy marahkan seseorang dan saye pendamkan kemarahan tu. coz i really hate fighting n violence. pernah sampai satu tahap, saye terlepas kemarahan itu pada org yg tak sepatutnye. its really cruel rite. n i really regret it..tapi saye akan mintak maaf smule.hihi. ^^)
Kadang2 sebab terlampau banyak kerja dan didesak oleh kerenah dan perangai org lain pulak.
Kadang2 sebab financial. yelah time ekonomi tgh tak stable mase tu la kreta buat perangai, mase tu lah nak kene bayar hitu bayar hini kene saman lagi.
kadang2 terlampau byk bende nak difikirkan dalam satu masa.eg:kerja+study+wedding preparation
and i'm the person who really think hard about somethings or so called problems.
paling sakit hati bile saye betul2 tgh memikirkan masalah tu lalat plak datang kacau! (memang betul2 lalat la yang serangge tu). 
Kadang2 all in ONE! mase tulah banyak keje plaktu kene push ngan bos,datang masalah duit,fikir hitu fikir hini,kene push ngan parents,pastu time tu la org nak carik pasal ngan aku, pastu skali lagi lalat (serangge tu) datang kacau! peeeeeeeeeeeeeeeeerghh!!

Jika saye tak boleh kawal stress yg amat sgt saye akan menangis,selalunye ketika sy meluahkan pade seseorang. dan ketika itu air mata berlinangan..II( tak pernah lagi setakat ni saye jadi tak betul, Allhamdulillah dan mintak dijauhkan..tapi gile2 pandir2 skit2 tu adela.macam gelak tak henti2, lukis gambar b**i, conteng tangan org dgn sengaje, ketip kuku sambil makan kebab ke,jahit seluar koyak pakai kaki, etc

tapi percayalah sesungguhnya Allah akan memberi cabaran dan dugaan yang amat hebat, dan memberi sebanyak2 ganjaran kepada orang yang sabar..the better rewards are the biggest lesson..
so keep cool,think smart, being rasional professional and smile (:

all the best ain! chaiyok!

Takde Keje (Episode; Melalui Ombak)

Amazing surf! Memang xde keje amek gamba melalui ombak.



Thursday, January 6, 2011

Sedikit Info : Selaput Dara


Selaput Dara

Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.



APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

Monday, January 3, 2011

Lelaki Dan Rokok



Lelaki dan rokok ibarat pasangan kekasih. Lelaki tak boleh hidup tanpa rokok. Kasih sayangnya terhadap rokok lebih daripada kasihkan awek, tunang, isteri mahupun dengan anak-anak. Demi rokok lelaki tidak hiraukan tentang akibat orang-orang yang disayanginya.Cinta lelaki terhadap rokok begitu mendalam. Kemana jua bersama. Tidak akan lupa walau dalam barang satu jam.